Tuesday, 6 March 2012
Friday, 2 March 2012
COUNTER ATTACT - SAMSENG UMNO TERUS BELASAH!!
Tahun 2011 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan pahit untuk umno BN. Berlanjutan rentetan peristiwa kejatuhan 5 negeri telah ditakluki oleh pakatan rakyat, umno telah menggunakan segala usaha dan mengerahkan jentera2 mereka untuk memenangi semula hati rakyat terutama negeri2 yang telah dikuasai pembangkang.
Dipendekkan cerita, rakyat telah di'paksa' mendengar dan disajikan dengan media2 utama yang telah dimanipulasi sepenuhnya. Penulis2, pembaca berita, penyunting skrip, penerbit dan penyunting rancangan di televisyen hanya diberi 2 pilihan, hendak menyiarkan artikel/penulisan/rancangan tersebut atau boleh meninggalkan jawatan yg agak lumayan gajinya. Kita percaya mereka juga menyedari keadaan ini tetapi demi mendapat saraan hidup keluarga dan mendapat sedikit kemewahan di dunia, mereka terpaksa meneruskan kerja2 mereka samada mereka menyedari tindakan mereka bukan kerelaan mereka atau telah dipergunakan untuk kepentingan sesuatu kumpulan yang berkuasa.
Sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang terbuka, kita tidak semestinya hanya menerima hidangan informasi dari saluran media televisyen/radio, lebih dari itu kita berusaha mendapatkan maklumat dari sumber2 lain yang lebih tepat dan menyeluruh termasuk forum2 di internet, blog, website dan yang lebih popular ketika ini sosial network seperti facebook dan twitter. Malah terdapat kajian oleh ahli penganilisis, lebih 50% rakyat malaysia mendapat sumber informasi melalui internet dan 90% daripada mereka mempunyai akaun fb.
Menyedari akan kepentingan sosial network/internet sebagai sumber informasi rakyat, pembangkang tidak melepaskan peluang menyalurkan maklumat, mendedahkan penyelewengan, melahirkan rasa tidak puas hati, membongkar rahsia dan yang paling penting mendapat maklumbalas dari pengguna2 lain tentang apa juga isu yang diketengahkan. Suara rakyat telah disalurkan melalui forum2 dan komen2 pengguna. Sehingga penghujung tahun 2011, dilihat kaedah perang saraf sebegini memberikan kesan yang amat positif terutama di pihak pembangkang.
Barisan Nasional, umno khususnya mempunyai kelab penyokongnya sendiri yang semestinya dibiayai sepenuhnya oleh kepimpinan umno dari segi kewangan, moral dan fasiliti untuk memudahkan pergerakan mereka dan sekali gus menarik lebih ramai keahlian, bukan sebab perjuangan tetapi kewangan dan kebendaan. Duit adalah segalanya. Tanpa duit tiada segalanya.. inilah prinsip perjuangan mereka yang bertindak sebagai jentera penting umno BN.
Apa fungsi kelab penyokong umno sehingga ianya dianggap begitu penting oleh kepimpinan umno? Inilah mereka yang terdiri dari anak2 muda yang sebilangan besarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebilangan mereka memiliki ijazah/diploma dan kemahiran2 tertentu tetapi tiada pendapatan yg tetap atau gaji tidak mencukupi. Fungsi mereka hanya satu iaitu melemah/melumpuh/menghancurkan pembangkang. Kaedah yang paling popular sekarang ini adalah membuat provokasi di semua aktiviti pembangkang dengan pendekatan ala2 samseng. Walaupun pendekatan ini menyalahi etika kemanusiaan dan melanggar undang-undang, tetapi semua kes2 tersebut telah dirancang untuk spin oleh pihak berkenaan. Kalau mereka bersalah pun hanya teguran atau amaran sahaja dikenakan untuk mengaburi mata rakyat.
Persoalannya, sejauh mana budaya samseng ini berkesan untuk menarik perhatian rakyat untuk memberikan undi untuk BN di pilihanraya nanti? Jawapannya tidak! Rakyat negara ini tidak pernah didedahkan dengan kekerasan, menolak kekerasan, menolak budaya ini. Hasilnya kepercayaan rakyat makin menurun kepada umno bn. Gagal dengan kaedah ini kerana usaha mereka telah didedahkan secara meluas di halaman internet, fb dan blog. Mereka sedar perkara ini.
Mereka mula merancang strategi baru, kekuatan fizikal, berlagak hero atau superhero bukan budaya kita. Kaedah terbaru mereka adalah 'counter attact' media internet. Tahun 2011 mereka sering dipatahkan dan diserang dengan perang saraf pembangkang menggunakan internet. Blog2, fb pembangkang telah menguasai 70% menyebarkan maklumat penyelewengan mereka. Kumpulan samseng2 ini telah mula diupah dan digajikan sekali lagi. Mereka mula mengambil tempat membuat blog2 menghentam pembangkang. Halaman fb yang dulunya digunakan untuk perhubungan peribadi kini telah mula dicemari dengan pengguna2 samseng yg menggunakan id samaran. Mereka mula menyerang dengan maki hamun, sumpah seranah, kata2 sesat, lucah dan porno bersesuaian dengan kehendak 'majikan' mereka. Mereka akan menabur fitnah, mengada2kan cerita dan berusahan memecahbelahkan pakatan rakyat agar wujud pertelingkahan sesama mereka. Mereka akan memainkan isu2 perkauman, ugama dan patriotik kenegaraan untuk menghasut dan memfitnah. Prinsip2 individu dalam pakatan mula diketengahkan agar timbul pertikaian dan percanggahan. Serangan individu dan pemimpin terus dimainkan.
Mereka takut untuk berdebat secara terbuka kerana akan mendedahkan kepincangan. Mereka hanya berani berdebat dengan cara maki hamun di dalam internet dan media2 mereka. Ini menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun demi untuk mengekalkan kuasa. Rakyat akan merasa kemewahan seketika sebelum pilihanraya. Rakyat akan lupa segala penyelewengan dan keburukan mereka yang lalu dengan cara pemberian wang dan subsidi serta pelbagai janji manis yg ditabur. Percayalah, sebagai rakyat malaysia, kita berhak mendapay kebajikan yang baik, kehidupan yang selesa, kehidupan yang membeza-bezakan golongan tertentu yang terus mewah, boros dan mengejar kebendaan. Golongan ini terlalu ramai di dalam BN terutamanya UMNO.
KENAPA UMNO TAKUT HUDUD? MENTERI UGAMA KENAPA MEMBISU????
Gempar!!! Anak Nazri Azazil Di Lemaskan Oleh Susu Cap Gantung Gadis Iblis??
GUA CAKAP ANWAR IBLIS SEBAB
GUA RASA GUA YG IBLIS..
TAPI GUA MALU NAK CAKAP..
RAKYAT NANTI CAKAP GUA
BAPAK SEGALA IBLIS
KAH KAH KAH
Kuala Lumpur 1 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.
"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.
"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israelketika pentadbirannya.
Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting." - tiewnama.
KAH KAH KAH
NAZRI AZAZIL KATA ANWAR AZAZIL..
DIA TAK SEDAR ANAK DIA MEWARISI KEIBLISAN DIA
DI ZAMAN MUDANYA DAHULU..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
MACAM MANA MENTERI INI BOLEH
JADI MENTERI JPM..
SEDANGKAN IBLIS SUNGGUH TINGKAH LAKUNYA?
KAH KAH KAH
TAK PERCAYA? LIHAT NI BEB..
YAMSENG!!
FUK!!
KAH KAH KAH
YAMSENG! kah kah kah..
KAH KAH KAH
PERSOALANNYA..
SIAPA LAGI IBLIS?
DEKATI ARAK? SAH IBLIS..
DEKATI ZINA? SAH IBLIS..
REMBAT DUIT RAKYAT? SAH IBLIS..
DEKATI ISRAEL? SAH MAHATHIR
KAH KAH KAH
Thursday, 1 March 2012
HUDUD HANYA REKAAN PEMIKIR FEKAH?
TRANSKRIP PENUH JAWAPAN TUN MAHATHIR BERKENAAN HUKUM HUDUD YANG DITANYA OLEH SALAH SEORANG PESERTA KONVENSYEN KEBANGSAAN POLITIK & PATRIOTISME (K2P) DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS ) PADA 26 FEBRUARI 2012 ..
Link Video : http://www.youtube.com/ watch?v=u58qZin5qRc
" Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur'an. Di dalam al Qur'an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah. Sebab itu apabila kita nak laksana sesuatu, kita harus rujuk Qur'an kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita.
Dan kalau kita baca Qur'an dalam bahasa yang kita faham - kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Kalau dalam bahasa kita sendiri kita kaji -baca dalam Qur'an terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama.
Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang taat melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka kata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri umpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya pada diri kita : Apakah ini adil ? Adilkah orang Islam putus tangan, bukan Islam masuk jel 2 bulan lepas tu keluar bebas. Adil tak ? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam.
Dalam Islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sempena.. sebenarnya dalam surah an Nisa' tak ada hukuman yang di.. disebutkan dalam apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita yang dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya. Tetapi ia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa yang besar untuk memberitahu kepada makhamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan. Maka tuduhannya ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan dikena dengan dihukum sebat seratus.. err .. se..se.. 80 kali. Kemudian kalau dianya hamil dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh telah berzina dan hukuman bagi orang berzina ... ini tak dak dalam Qur'an, tapi orang ahli Fekah kata : hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh - perogol dilepas semata-mata tak ada 4 orang saksi ?
Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Qur'an dan mengutamakan hukum yang amat berat ini, kerana kalau kita berpendapat hukuman tu berat maka kita pi (pen-nafi?), Islam tak benar. Dalam Qur'an sila baca Qur'an dalam bahasa kita boleh faham dan kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu be.be.bubuk..(pen -berbolok weh, tak dapat tangkap. mungkin 'berhukum') dengan adil. Yang utama ialah adil bukan soal saksi, bukan soal hukum-hukuman yang berat tetapi keadilan, sebab itu mereka yang membuat cadangan ... terlalu banyak nak laksanakan hukum hudud, mereka itu sebenarnya bukan bercakap berkenaan hukum Islam tetapi ini adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima. Terima kasih" - Tun Mahathir
.
JATI yang ditubuhkan kononnya untuk memurtabatkan Islam. Apa pandangan JATI tentang isu ini? ke mana pula ulamak muda yang lantang bercakap mempertahankan pemimpin2 umno. Ini soal akidah... Ustaz Azhar Idrus secara terang dan jelas mengatakan kenyataan tun mahadhir menyebabkan ia terkeluar dari Islam.
Bagaimana pula pandangan menteri ugama? datok jamil khir...
Subscribe to:
Posts (Atom)