Tahun 2011 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan pahit untuk umno BN. Berlanjutan rentetan peristiwa kejatuhan 5 negeri telah ditakluki oleh pakatan rakyat, umno telah menggunakan segala usaha dan mengerahkan jentera2 mereka untuk memenangi semula hati rakyat terutama negeri2 yang telah dikuasai pembangkang.
Dipendekkan cerita, rakyat telah di'paksa' mendengar dan disajikan dengan media2 utama yang telah dimanipulasi sepenuhnya. Penulis2, pembaca berita, penyunting skrip, penerbit dan penyunting rancangan di televisyen hanya diberi 2 pilihan, hendak menyiarkan artikel/penulisan/rancangan tersebut atau boleh meninggalkan jawatan yg agak lumayan gajinya. Kita percaya mereka juga menyedari keadaan ini tetapi demi mendapat saraan hidup keluarga dan mendapat sedikit kemewahan di dunia, mereka terpaksa meneruskan kerja2 mereka samada mereka menyedari tindakan mereka bukan kerelaan mereka atau telah dipergunakan untuk kepentingan sesuatu kumpulan yang berkuasa.
Sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang terbuka, kita tidak semestinya hanya menerima hidangan informasi dari saluran media televisyen/radio, lebih dari itu kita berusaha mendapatkan maklumat dari sumber2 lain yang lebih tepat dan menyeluruh termasuk forum2 di internet, blog, website dan yang lebih popular ketika ini sosial network seperti facebook dan twitter. Malah terdapat kajian oleh ahli penganilisis, lebih 50% rakyat malaysia mendapat sumber informasi melalui internet dan 90% daripada mereka mempunyai akaun fb.
Menyedari akan kepentingan sosial network/internet sebagai sumber informasi rakyat, pembangkang tidak melepaskan peluang menyalurkan maklumat, mendedahkan penyelewengan, melahirkan rasa tidak puas hati, membongkar rahsia dan yang paling penting mendapat maklumbalas dari pengguna2 lain tentang apa juga isu yang diketengahkan. Suara rakyat telah disalurkan melalui forum2 dan komen2 pengguna. Sehingga penghujung tahun 2011, dilihat kaedah perang saraf sebegini memberikan kesan yang amat positif terutama di pihak pembangkang.
Barisan Nasional, umno khususnya mempunyai kelab penyokongnya sendiri yang semestinya dibiayai sepenuhnya oleh kepimpinan umno dari segi kewangan, moral dan fasiliti untuk memudahkan pergerakan mereka dan sekali gus menarik lebih ramai keahlian, bukan sebab perjuangan tetapi kewangan dan kebendaan. Duit adalah segalanya. Tanpa duit tiada segalanya.. inilah prinsip perjuangan mereka yang bertindak sebagai jentera penting umno BN.
Apa fungsi kelab penyokong umno sehingga ianya dianggap begitu penting oleh kepimpinan umno? Inilah mereka yang terdiri dari anak2 muda yang sebilangan besarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebilangan mereka memiliki ijazah/diploma dan kemahiran2 tertentu tetapi tiada pendapatan yg tetap atau gaji tidak mencukupi. Fungsi mereka hanya satu iaitu melemah/melumpuh/menghancurkan pembangkang. Kaedah yang paling popular sekarang ini adalah membuat provokasi di semua aktiviti pembangkang dengan pendekatan ala2 samseng. Walaupun pendekatan ini menyalahi etika kemanusiaan dan melanggar undang-undang, tetapi semua kes2 tersebut telah dirancang untuk spin oleh pihak berkenaan. Kalau mereka bersalah pun hanya teguran atau amaran sahaja dikenakan untuk mengaburi mata rakyat.
Persoalannya, sejauh mana budaya samseng ini berkesan untuk menarik perhatian rakyat untuk memberikan undi untuk BN di pilihanraya nanti? Jawapannya tidak! Rakyat negara ini tidak pernah didedahkan dengan kekerasan, menolak kekerasan, menolak budaya ini. Hasilnya kepercayaan rakyat makin menurun kepada umno bn. Gagal dengan kaedah ini kerana usaha mereka telah didedahkan secara meluas di halaman internet, fb dan blog. Mereka sedar perkara ini.
Mereka mula merancang strategi baru, kekuatan fizikal, berlagak hero atau superhero bukan budaya kita. Kaedah terbaru mereka adalah 'counter attact' media internet. Tahun 2011 mereka sering dipatahkan dan diserang dengan perang saraf pembangkang menggunakan internet. Blog2, fb pembangkang telah menguasai 70% menyebarkan maklumat penyelewengan mereka. Kumpulan samseng2 ini telah mula diupah dan digajikan sekali lagi. Mereka mula mengambil tempat membuat blog2 menghentam pembangkang. Halaman fb yang dulunya digunakan untuk perhubungan peribadi kini telah mula dicemari dengan pengguna2 samseng yg menggunakan id samaran. Mereka mula menyerang dengan maki hamun, sumpah seranah, kata2 sesat, lucah dan porno bersesuaian dengan kehendak 'majikan' mereka. Mereka akan menabur fitnah, mengada2kan cerita dan berusahan memecahbelahkan pakatan rakyat agar wujud pertelingkahan sesama mereka. Mereka akan memainkan isu2 perkauman, ugama dan patriotik kenegaraan untuk menghasut dan memfitnah. Prinsip2 individu dalam pakatan mula diketengahkan agar timbul pertikaian dan percanggahan. Serangan individu dan pemimpin terus dimainkan.
Mereka takut untuk berdebat secara terbuka kerana akan mendedahkan kepincangan. Mereka hanya berani berdebat dengan cara maki hamun di dalam internet dan media2 mereka. Ini menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun demi untuk mengekalkan kuasa. Rakyat akan merasa kemewahan seketika sebelum pilihanraya. Rakyat akan lupa segala penyelewengan dan keburukan mereka yang lalu dengan cara pemberian wang dan subsidi serta pelbagai janji manis yg ditabur. Percayalah, sebagai rakyat malaysia, kita berhak mendapay kebajikan yang baik, kehidupan yang selesa, kehidupan yang membeza-bezakan golongan tertentu yang terus mewah, boros dan mengejar kebendaan. Golongan ini terlalu ramai di dalam BN terutamanya UMNO.
No comments:
Post a Comment