Saturday 25 February 2012


26
Feb

Anwar Ibrahim Pulls Off Surprise Walkabout at Teluk Cempedak

Ihsan Malaysiakini
25
Feb

Ceramah Pakatan Rakyat Di Kuantan 25 Feb 2012

25hb Feb ini (Sabtu) Jam 9.00 Mlm – Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang bersama pimpinan PAS dan DAP.
24
Feb

Anwar, Pimpinan Utama PKR Hadir Ke Himpunan Hijau 2.0

Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.
Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.
“Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun),” katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.
PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.
Malah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.
Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.
Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin juga berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong himpunan itu.
Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.
Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.
Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.
Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.
“Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B,” katanya dalam nada yang cukup tegas.
Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.
Katanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.
“Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu,” katanya lagi.
Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.
24
Feb

Anwar Ibrahim Berucap Dalam “Zon Perang” Di Johor

23
Feb

Memperbaiki Sistem Sedia Ada Lebih Baik Daripada Cadangan 1Care

Pihak kerajaan tersilap sekiranya mereka memikirkan cadangan skim 1Care merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi cabaran yang membelenggu sistem kesihatan Malaysia. Menerusi skim ini, rakyat berserta pekerja dan kerajaan akan menyumbang kepada skim pembiayaan kesihatan di mana pihak hospital kerajaan dan swasta akan diintegrasikan.
 
Di dalam kertas konsep skim ini yang dibentangkan pada 2009, ‘1Care for 1Malaysia: Restructuring the Malaysian Health System’, kerajaan mendakwa dasar baru diperlukan berikutan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembiayaan kesihatan yang tidak mapan di negara kita.
 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar perbelanjaan kesihatan kerajaan sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sepatutnya pada kadar 5 hingga 6 peratus. Jumlah perbelanjaan kesihatan Malaysia pada 2008 merupakan 4.8 peratus namun perbelanjaan kerajaan hanyalah 2.2 peratus. Pada 2004, buat pertama kalinya perbelanjaan kesihatan swasta sebagai peratus KDNK mengatasi perbelanjaan kesihatan kerajaan.
 
Cadangan bahawa sekitar 10 peratus gaji pekerja dipotong untuk disumbang ke skim pembiayaan kesihatan akan menambah beban yang dipikul rakyat. Pada masa ini, pekerja dibelenggu gaji yang rendah dan berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat. Ditambah pula dengan gejala rasuah dan ketirisan di dalam perbelanjaan kerajaan (termasuk kesihatan) kerajaan seharusnya dapat menjangka kemarahan rakyat terhadap cadangan 1Care ini.
 
Kami tidak mempertikaikan bahawa wujud cabaran di dalam skim kesihatan negara yang sedia ada. Jurang antara hospital kerajaan dan swasta semakin melebar. Keperluan untuk mengurangkan penghijrahan kepakaran daripada hospital kerajaan ke hospital swasta tidak boleh dinafikan. Rakyat Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada bayaran terus daripada kcek mereka bagi rawatan perubatan.
 
Pun begitu sudah wujud begitu banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang dibuat tanpa proses yang betul dan telus yang berakhir dengan masalah yang lebih besar untuk rakyat. Hospital-hospital kerajaan kita menjadi mangsa proses penswastaan perkhidmatan asas yang meningkatkan keuntungan untuk syarikat-syarikat kroni namun merugikan para pembayar cukai dan pesakit. Laporan Kesihatan Sedunia 2010 mengenai Pembiayaan Sistem Kesihatan oleh WHO jelas menyebut antara 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan dibazirkan berikutan kekurangan kecekapan sistem. 1Care bermakna akhirnya rakyat dan kerajaan akan memberi subsidi kepada hospital swasta seperti mana kolej swasta hari ini disubsidikan oleh skim PTPTN.
 
Kami ingin menegaskan bahawa kami bukannya menentang hospital swasta. Malah, sektor kesihatan swasta menyediakan perkhidmatan yang berguna bagi rakyat Malaysia yang mampu dan sewajarnya dibenarkan meneruskan perkhidmatan tersebut. Walaubagaimanapun integrasi yang disyorkan oleh 1Care akan menyekat hak ini dan tidak mencapai piawai penyeragaman kualiti.
 
Kami menggesa kerajaan untuk tampil kehadapan secara telus tentang peringkat mana perancangan 1Care buat masa ini. Terdapat terlalu banyak jawapan bercanggah yang tidak memberikan keyakinan kepada semua pihak terbabit di dalam suatu perubahan besar sistem kesihatan negara.
 
Sebagaimana komitmen kami di dalam buku jingga, Pakatan Rakyat berjanji untuk memelihara kesihatan sebagai satu hak untuk semua rakyat Malaysia. Kami percaya penyelasaiannya bukanlah 1Care, sebaliknya peningkatan peratusan perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan dalam tempoh beberapa tahun bagi melebarkan kekuatan infrastruktur asas kesihatan yang ada di Malaysia hari ini.
 
Pakatan Rakyat akan membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, meningkatan pendapatan pekerja sektor kesihatan, menjamin perlantikan berasaskan kelayakan, meastikan perbekalan yang telus dan mengkaji semula perkhidmatan yang diswastakan di hospital-hospital kerajaan.
 
DATO SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

—– Continue reading ‘Memperbaiki Sistem Sedia Ada Lebih Baik Daripada Cadangan 1Care’
22
Feb

Kekecohan Sembrong: Seorang Dilastik Manakala Lelaki Tua Dibaling Kayu

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.
“Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara,” kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.
Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.
“Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.
“Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai,” katanya.
Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.
Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.Continue reading ‘Kekecohan Sembrong: Seorang Dilastik Manakala Lelaki Tua Dibaling Kayu’
21
Feb

Rakaman Ceramah Anwar Ibrahim Di Taman Sri Gombak Selangor 20/2/12


21
Feb

Anwar Kongsi Pandangan Hamas Dengan Nik Aziz

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.
Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.
“Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan,” kata Anwar. Continue reading ‘Anwar Kongsi Pandangan Hamas Dengan Nik Aziz’
20
Feb

Anwar, Nik Aziz To Meet Over Israel Remarks Tomorrow

The Malaysian Insider
Datuk Seri Anwar Ibrahim will meet with PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tomorrow to explain his controversial statement supporting “all efforts to protect the security of the state of Israel”.
PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar confirmed the meeting at the press conference here this afternoon but stressed that there was no misunderstanding between the PKR de facto leader and PAS on the matter.
He said Anwar had been clear in his remarks made during a recent interview with the influential Wall Street Journal (WSJ) and had not expressly declared his open support for Israel’s Zionist regime.
“What is important is … did he even say he endorses Israel? No,” Mahfuz said.
He acknowledged Anwar’s contention that his support for Israel’s security is dependent on the Jewish state not thwarting the Palestinians’ ambitions for statehood.
“If that condition is not fulfilled, which it has not been thus far, then surely he (Anwar) does not support Israel,” said Mahfuz.
Last month, The Wall Street Journal had quoted Anwar as saying in an interview that he supported “all efforts to protect the security of the state of Israel.” Continue reading ‘Anwar, Nik Aziz To Meet Over Israel Remarks Tomorrow’
20
Feb

Dato Seri Anwar Ibrahim Di Mahkamah Syariah Jalan Duta,Selasa,21/2/12

Untuk makluman media
Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta,esok Selasa,21 Feb 2012,jam 10:00 pagi.
20
Feb

Ceramah PKR Diganggu Lagi, Kereta Anwar Dipecahkan

Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.
NONEMenurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.
“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.
Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. Continue reading ‘Ceramah PKR Diganggu Lagi, Kereta Anwar Dipecahkan’

No comments:

Post a Comment