Saturday, 25 February 2012

SELAMATKAN MALAYSIA


"Tsunami hijau" melanda Kuantan...(gambar)
Posted on Saturday, February 25 @ 21:19:21 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita FightforJustice&Freedom

Lebih 10 ribu manusia berbilang kaum berhimpun di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 pada pagi ini, dengan nada yang tegas melaungkan Berambus Lynas!. Di samping itu, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan projek Lynas, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan.


Tiada penangkapan berlaku dimaklumkan sehingga perhimpunan bersurai dengan aman pada jam 11.30 pagi.  Belasan ribu orang berhimpun di Padang MPK tepat pada jam 9.30 pagi, tadi.  Mereka datang dengan kad-kad dan banner yang membawa mesej "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", "Kita tidak mahu jadi Bukit Merah Kedua", "Kita bukan tikus putih" dan sebagainya.  Polis yang hadir hanya berperanan untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Kuantan.

Selain itu, Anwar Ibrahim ketika berucap pada kira-kira jam 11.20 pagi, menyatakan pendirian Pakatan Rakyat untuk membatalkan projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, jikalau mengambil alih kuasa pemerintahan.  Malah beliau membidas kerajaan Barisan Nasional tidak memahami hubungan antara manusia dengan alam semula jadi, kerana apa yang mereka nampak hanyalah "wang, wang, wang!"

Ahli parlimen Permatang Pauh ini turut berjanji untuk membawa usul tergempar dalam sidang parlimen pada Mac akan datang, untuk membincangkan isu Lynas di Gebeng, Kuantan.
 
 
 
 
perhimpunan kali ini disertai masyarakat pelbagai kaum..sangat2 muhibah!
 
 
YB Ronie Liu antara pemimpin PR yang terawal muncul..
 
 Pihak polis telah mengambil tempat...jangan kacau ya abang polis, tolong jaga n kawal je...kami berhimpun secara baik...=)
 
Anak kecil ini kelihatan ceria pagi ini bersama belon hijaunya...Hijau di hatiku~ =)
 
Semangat Malaysia!..kami berhimpun di sini kerana kami sayangkan negara kami! Stop Lynas! Selamatkan Malaysia!!
 Masyarakat India turut bersama pagi ini dengan semangat Hijau!!
 Dari sudut yang lain, kelihatan sekumpulan besar berjalan beramai-ramai menuju ke lokasi perhimpunan..ramai beb!
xpasti pihak yang menaja air minuman ini...yang pasti ialah, penaja ini 'ANTI LYNAS'!!! minum tetap minum!! hehe 
 
 
respek dengan kakak ini..siap bawa satu keluarga..cukup santai...terbaeklah akak!
 
 
Suasana di atas pentas utama perhimpunan 
 
 Antara banner yang kelihatan..Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas!!!
 
 
respek dengan uncle ni, sanggup keluar duit sendiri utk sumbang air mineral kepada peserta2 perhimpunan Hijau...semangat inilah yg kita mahukan!
 
 
 Gambar sebahagian peserta di sudut belah kanan pentas...majlis belum bermula secara rasmi..sedang menunggu ribuan lagi yang sedang dlm perjalanan!
 
Ni plak gambaran berhadapan dengan pentas...ramai beb!
 
A. Samad Said!!!
 
 
lautan manusia!! tolak Lynas! Selamatkan Malaysia!
 
 
 
 Wow...MCA pun datang...habis la Be End!!!
 
Antara pimpinan PR yang hadir!
 Gambaran di depan pentas!!
 
Barisan pimpinan PR..kelihatan Anwar mula mengambil tmpat!
 
 
kemuncak perhimpunan, Ucapan DS Anwar Ibrahim dihadapan puluhan ribu manusia!!
 
 Puluhan ribu sedang menunggu MB Pahang, Adnan Yakob kononnya nk datang sebelum ni...mana2?...haha
 
 
 Ni bukan dekat Kuantan, tapi dekat Maju Junction, KL..dapat sambutan juga ..
 
 
Hahaha...siapa la hack wbsite rasmi Lynas ni...memang terbaeklah!! bantahan menyeluruh! hidup hakcerz!!
 
 
Melayu, Cina, India bersatu menentang projek Lynas Barisan Nasional!!!
 
 
Pelbagai agama, pelbagai bangsa, pelbagai ideologi..semuanya satu hati mahu selamatkan Malaysia...ini baru betul2 1 Malaysia!
 
Pakcik ni betul-betul semangat hadir Perhimpunan Hijau di tengah2 panas...maklumlah 'orang hijau'...hehe..terbaeklah!
 
 Lagi gambar sebahagian dari puluhan ribu manusia ni Kuantan tgh hari ini! dgr kata mereka tak akan berganjak selagi Adnan Yakob x datang.
 
 Walaupun kami masih budak kecik, kami tetap bantah projek Lynas BN!!...mungkin tiada kesan waktu ini, tapi besar kemungkinan kesannya pada zaman kami!
 
 
ramai 
 
walaupung kawe ore klate, kawe tetap bersamo ore pehe tolok Lynas..kawe tok sir anak cucu kawe jadi mangso projek Be End ni.
 Sungguh ceria dan warna warni peserta Perhimpunan Hijau kali ni..hidup anak muda!!..tolak BN!!!. 
 
Semangat2!
 
Gelagat peserta berkarya menggunakan payung 
 
1500 orang di Bukit Merah, Perak
 
sumber:  FightforJustice&Freedom  klik untuk lagi gambar~
 
gambar-gambar dari fb dan twitter 

No comments:

Post a Comment