Umno makin terdesak. Menggunakan semua jentera2 dan kerahan tenaga dengan mengeluarkan belanja dan duit rakyat untuk terus menghalang kemaraan pakatan rakyat menakluki putrajaya. Tanpa mereka sedari tindakan-tindakan dan aturgerak mereka telah mengundang padah yg amat besar. Keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi semakin pudar sekiranya umno terus mentadbir.
Siri gerakan umno menggunakan pemuda-pemuda ala samseng tidak berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat, malah ramai yg terus membenci dan sebilangan rakyat semakin membuak-buak kebencian terhadap kepimpinan. Media-media digunakan sepenuhnya untuk memaksa rakyat membenci pakatan rakyat sedangkan rakyat terus didedahkan dengan fakta-fakta sebenar dan menampakkan kepincangan mereka menerusi sumber2 alternatih yg lain seperti internet dan blog2 popular pakatan rakyat. DS Anwar dilepaskan dari tuduhan fitnah telah memberi kesan yang amat buruk kepada musuh2 Anwar terutama di kalangan pemimpin umno khususnya DS Najib.
Bermacam-macam isu cuba ditimbulkan tetapi tidak berjaya menarik hati rakyat kepada umno yang telah mentadbir kerajaan lebih 50 tahun. Kegagalan menggunakan pendekatan ala samseng lebih ketara dengan pembabitan umno di setiap gerakan dan aktiviti pakatan rakyat. 2 bulan lalu, kita dikejutkan dengan kebakaran rumah dan kereta MP PAS, samseng jalan kebun di himpunan ABU, sebulan lepas berlaku di melaka, samseng umno menahan kenderaan DS Anwar dari memberi ceramah. Di Johor, samseng memecak cermin kereta, di Pahang, kes samseng hendak memukul Nurul Izzah, di Penang, samseng membuat kacau di perhimpunan anti lynas. Semua ada kaitan dgn umno. kalau bukan umno siapa lagi? Pakatan rakyat terus mara tanpa tanpa menghiraukan samseng2 tersebut. mereka tidak bertidak balas atau menyerang semula kerana pasti kemenangan tidak berpihak kepada mereka dengan bantuan media, polis dan pemimpin2 tertinggi kerajaan sudah semestinya berpihak kepada samseng2 tersebut. Tetapi sebenarnya keyakinan rakyat semakin menghakis dan semakin membenci dgn tindakan2 mereka. sebilangan penyokong umno yg atas pagar pasti akan melompat ke pakatan rakyat, manakala penyokong setia umno selama ini akan mengambil tempat mereka2 yg di atas pagar. Ramai juga ingin melihat demokrasi berjalan di negara ini dengan memilih pakatan rakyat. ingin menguji samada sistem demokrasi di negara ini bergantung kepada rakyat sebab selama ini mereka tau kalau x mengundi pun BN akan terus memerintah.
Di Selangor misalnya, rakyat telah merasa perubahan pentadbiran umno dan pakatan. semestinya perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. pemberian air percuma, subsidi tarif elektrik, pemberian wang warga emas, tabung kebajikan, khairat kematian, tabung pendidikan, TAWAS untuk kelahiran dan mcm2 lagi. semua itu dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Tidak dinafikan kerajaan BN tidak lepaskan peluang untuk mengeluarkan belanja yg besar untuk mengembalikan selangor kepada umno. malangnya rakyat selangor hanya menganggap ianya dilakukan tidak ikhlas, hanya untuk 'memancing'. Rakyat selangor mengangap pemberian duit dan bermacam2 peruntukan adalah hanya untuk mengembalikan kuasa mereka di selangor. Begitu juga di Penang, kerajaan kepimpinan DAP telah berjaya menguruskan penang dengan cemerlang sehingga diakui oleh audit negara.
Di masa yang sama di pihak BN pula, isu2 buruk terus dicungkil dan didedahkan. isu NFC, isu khir toyo, jamil khir, isu suruhanjaya pilihanraya, isu pendaftaran warga asing diberi hak mengundi, isu undi hantu dan byk lagi isu telah diketengahkan berjaya memenangi hati rakyat. TV3 yang dahulunya mendapat rating yang tertinggi berbanding saluran2 lain, kini rakyat yang dahulunya tidak didedahkan media alternatif telah bijak mendapatkan maklumat dan fakta yang sahih, dan ternyata banyak yang bercanggah. Tidak dinafikan buletin tv3 banyak menyiarkan maklumat berkenaan umno dan barisan nasional dan lebih kepada menghentam pembangkang. kalau dulu isu2 lebih kepada isu rakyat tetapi sebaliknya yang berlaku sekarang lebih banyak isu2 pemimpin2 umno, keburukan negeri2 pembangkang, serangan peribadi pembangkang seolah-olah yang menonton tv3 semuanya menyokong umno dan BN sedangkan 5 negeri di negara ini telah dipilih oleh rakyat pembangkang. malah di kuala lumpur sahaja hampir seluruh rakyat memilih pembangkang sebagai pemimpin mereka. Ini jelas dilihat hasil keputusan undi di PRU12 yang lalu.
No comments:
Post a Comment